Thursday, December 30, 2010

Harga tinggi di pusat servis

Pernah anda membeli ayam goreng dari KFC, mahalkan? kenapa makanan dari KFC mahal. Jika kita membuat perbandingan harga antara ayam goreng yang dijual di pasar malam dengan ayam goreng yang di jual KFC yang mana lebih murah? Ayam goreng di pasar malam jauh lebih murah.

Kenapa ayam goreng yang dijual di pasar malam lebih murah. Kenapa penjaja ayam goreng di pasar malam  tidak membina kedai untuk mejual ayam gorangnya.Jawapannya ialah  KOS dan risiko yang akan ditanggung bila melabur dalam perniagaanya itu adalah tinggi.

Begitu juga dengan alat ganti yang tulen. Alat ganti yang tulen hanya dijual di pusat servis dan pengedar alat ganti tulen bertauliah sahaja.Alat ganti yang dibekalkan adalah mengikut speksifikasi yang dikehendaki oleh pengeluar kenderaan. Bagi menjamin kepuasan hati pelanggan,alat ganti yang dijual diberi jaminan selama 10,000km atau 6 bulan yang mana terdahulu dan boleh dituntut di semua rangakaian pusat servis seluruh negara.

Untuk menjadi pusat servis dan pengedar alat ganti yang sah , pengusaha perlu membuat pelaburan ratusan ribu ringgit  bagi mendapat hak sebagai wakil servis  atau pengedar yang sah tersebut.

Bayangkan jika ayam goreng KFC dijual mengikut harga pasar malam...saya rasa syarikat KFC akan gulung tikar. Begitu juga lah dengan kami sebagai salah sebuat pusat servis bertauliah untuk kenderaan proton.

No comments:

Post a Comment