Thursday, January 6, 2011

'Lady driver'

Masa kini kelihatan ramai wanita memandu kenderaan Proton.Agaknya macam mana mereka menjaga kenderaan mereka. Ramai orang beranggapan wanita tak tahu pasal kereta. Tak tahu macam mana nak jaga enjin kereta tu. Mudah saja.. hantar ke kepusat servis kami kerana kami akan membuat pemeriksaan mengikut standard piawaian pengeluar kenderaan Proton. Pihak kami akan membuat penggantian alat ganti yang sepatutnya mengikut jumlah kilometer pada kenderaan anda. Kami pastikan kenderaan anda selamat dalam perjalanan anda. Insyaallah

Thursday, December 30, 2010

Harga tinggi di pusat servis

Pernah anda membeli ayam goreng dari KFC, mahalkan? kenapa makanan dari KFC mahal. Jika kita membuat perbandingan harga antara ayam goreng yang dijual di pasar malam dengan ayam goreng yang di jual KFC yang mana lebih murah? Ayam goreng di pasar malam jauh lebih murah.

Kenapa ayam goreng yang dijual di pasar malam lebih murah. Kenapa penjaja ayam goreng di pasar malam  tidak membina kedai untuk mejual ayam gorangnya.Jawapannya ialah  KOS dan risiko yang akan ditanggung bila melabur dalam perniagaanya itu adalah tinggi.

Begitu juga dengan alat ganti yang tulen. Alat ganti yang tulen hanya dijual di pusat servis dan pengedar alat ganti tulen bertauliah sahaja.Alat ganti yang dibekalkan adalah mengikut speksifikasi yang dikehendaki oleh pengeluar kenderaan. Bagi menjamin kepuasan hati pelanggan,alat ganti yang dijual diberi jaminan selama 10,000km atau 6 bulan yang mana terdahulu dan boleh dituntut di semua rangakaian pusat servis seluruh negara.

Untuk menjadi pusat servis dan pengedar alat ganti yang sah , pengusaha perlu membuat pelaburan ratusan ribu ringgit  bagi mendapat hak sebagai wakil servis  atau pengedar yang sah tersebut.

Bayangkan jika ayam goreng KFC dijual mengikut harga pasar malam...saya rasa syarikat KFC akan gulung tikar. Begitu juga lah dengan kami sebagai salah sebuat pusat servis bertauliah untuk kenderaan proton.

Wednesday, December 15, 2010

Warranty Post servis

Kini pihak proton edar sdn bhd menawarkan servis kenderaan anda dengan harga rendah. Pakej servis dengan harga yang murah ini kepada pelanggan kenderaan yang menggunakan  model iswara/wira,waja mits/perdana v6 sahaja.Harga yang ditawarkan dari RM96.00 bagi perkhidmatan mengganti minyak enjin dan serendah RM126.00 untuk perkhidmatan mangganti tali sawat.

Pelanggan yang menggunakan pakej warranty post servis ini akan di beriperlindungan  jaminan selama 6 bulan atau 10,000km mana yang terdahulu.Jaminan ini boleh dituntut di seluruh pusat servis proton edar dan eon seluruh negara.

Harga yang ditawarkan hampir sama dengan harga yang terdapat pada workshop biasa tetapi dengan kami anda di lindungi oleh jaminan.

Tuesday, December 14, 2010

Apabila kenderaan anda bermasaalah

Bagi memastikan anda memperolehi perkhidmatan yang sempurna pergilah kepada bengkel yang bertauliah sahaja.
Kenapa? Adakah bengkel lain yang yang tidak bertauliah tidak bagus?

Di pusat servis yangbertauliah mereka mengutamakan kualiti dan yang paling penting ialah jaminan servis atau alat ganti yang ditukar adalah terjamin.Tempoh jaminan kebiasaanya 6 bulan atau 10,000km selepas mendapatkan khidmat atau pembelian ganti dari setiap pusat servis bertauliah.Malah jaminan itu sah untuk di tuntut di seluruh rangkain pusat servis di seluruh negara.

Kenapa perlu temujanji servis -04 9174767

Pada masa kini, jika anda hendak kerumah kawan atau ingin berjumpa dengan kawan anda  di sesuatu lokasi apa yang anda buat, bagi memastikan hasrat anda untuk bertemu kawan anda itu tercapai.
Adakah anda terus kerumahnya atau menunggu kawan anda disuatu lokasi tanpa kawan anda tahu hasrat anda ingin bertemu dengannya.
Langkah yang bijak ialah anda hubungi kawan anda dan maklumkan hasrat anda ingin berjumpa dengannya.
Adakah ia seolah-olah anda telah melakukan temujanji dengan kawan anda itu.

Begitu juga dengan temujanji servis anda dengan kami.Bila anda hubungi kami dan memaklumkan hasrat melakukan servis atau membaiki kenderaan anda.Pihak kami dapat memaklumkan pada anda masa siap dan anggaran harga bagi kerja yang akan dilakukan terlebih dahulu. Ia akan memudahkan anda melakukan perancangan pada hari tersebut dan anda juga secara tak langsung  merancang kewangan anda.

Jadi hubungi kami untuk temujani servis anda di talian 04-9174767 atau email service@djenenterprise.com